KUALA LUMPUR – Aktres Rita Rudaini kecewa apabila dia dikatakan menyindir pasangan pengantin baharu Fattah Amin dan Nur Fazura menerusi kenyataan di sebuah akhbar.
Rita Rudaini Mokhtar, 41, menjelaskan, dalam artikel itu, dia hanya sekadar berkongsi cerita tentang kucing kesayangannya semata-mata.
“Saya cerita yang sebenar tentang kucing saya pun salah ke, saya dituduh memerli seorang artis pengantin baru?
“Saya blur sekejap, bila siasat rupanya saya dituduh memerli Fazura. Saya sedih dengan manusia sekarang,” ujarnya menerusi laman Instgaram di sini hari ini.
Rita berharap netizen tidak terlalu berfikiran negatif dan sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.
“Saya berkongsi cerita dengan semua bahawa kucing saya memang manja sampai ikut ke mana sahaja saya pergi sehingga ke dalam bilik air pun dia ikut. Macam mana sayangnya saya pada kucing saya dan rindu jika tidak nampak depan mata.
“Apa masalah anda sampai kata saya manusia berhati hitam, selalulah bersangka baik pada orang lain,” ujarnya.
Terdahulu, Fazura di sebuah portal berita memberitahu bahawa dia kini melalui fasa bahagia sehingga tidak mampu berpisah dengan suaminya Fattah Amin walau hanya ke bilik air.
Kenyataan tersebut turut mendapat perhatian netizen yang menyifatkan ianya romantik dan lucu.
Pasangan selebriti tersebut berkahwin pada 27 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette