Home Dunia Ceroboh perairan Jepun, polis tahan bot Korea Utara

Ceroboh perairan Jepun, polis tahan bot Korea Utara

TOKYO – Seramai tiga kru sebuah bot mencuri jana kuasa Korea Utara ditahan Polis Jepun selepas dijumpai dari pondok pulau yang tidak berpenghuni.

Ini merupakan insiden terbaru membabitkan pencerobohan bot Korea Utara yang semakin meningkat kebelakangan ini dan membimbangkan.

Lambakan bot itu dilaporkan yang sebahagiannya dalam keadaan usang dan terbiar malah ada yang mengandungi mayat menimbulkan kebimbangan kerajaan mengenai kemungkinan pencerobohan perisik susulan konflik bersama Korea Utara berhubung program nuklear mereka.

Korea Utara sebelum ini melancarkan dua ujian tembakan peluru berpandu terhadap Jepun, iaitu antara negara yang pernah diancam untuk dimusnahkan selain Amerika Syarikat.

Bagaimanapun pakar dilaporkan berpendapat, semua bot kayu itu sekadar membawa nelayan dan tentera untuk menangkap ikan, bukan perisik seperti yang dibimbangkan kerajaan.

Polis menahan tiga daripada kru terbabit atas kesalahan mencuri, manakala bakinya dihantar ke Biro Imigresen. – MalaysiaGazette