Home Sukan Salji tebal landa Old Trafford

Salji tebal landa Old Trafford

Salji tebal kini melanda Stadium Old Trafford di Manchester.

MANCHESTER – Cuaca buruk yang melanda bandar Manchester ketika ini akan menyebabkan perlawanan derby antara Manchester United menentang Manhester City terpaksa ditunda sekiranya salji tebal berterusan.

Namun padang di Stadium Old Trafford antara padang tercanggih yang terdapat di stadium terbaik dunia.

Sistem pemanas bawah padangnya mampu untuk mencairkan salji dan sistem aliran air hujan atau air salji cair turut mampu disalur keluar dari padang dengan baik.

Apa pun keadaan cuaca yang berpunca dari angin kuat atau ribut salji masih mampu menghalang dari perlawanan diteruskan.

Perlawanan derby antara Manchester United dan Manchester City masih tetap berisiko untuk ditunda ekoran cuaca buruk angin kuat dibeberapa kawasan di England ketika ini. – MalaysiaGazette