Home Seni Hidup Donald Trump tidak gentleman

Donald Trump tidak gentleman

Melania Trump tidak diiringi oleh Donald Trump sebaik sahaja tiba di White House minggu lalu.

WASHINGTON – Tindak tanduk Donald Trump sentiasa menjadi perhatian lensa sejak beliau bertanding sebagai calon Presiden Amerika Syarikat.

Gambar terbaharu yang hangat diperkatakan tentang sikap tidak gentleman Trump semasa upacara majlis angkat sumpah pada 20 Januari lalu.

Beliau yang tiba di White House  dengan sebuah kenderaan tidak mempedulikan isterinya Melania Trump.

 

Donald Trump mendahului isterinya Melania ketika disambut oleh Barack Obama dan isteri. Foto Daily Mail

Donald Trump mendahului isterinya Melania ketika disambut oleh Barack Obama dan isteri. Foto Daily Mail

Tanpa menunggu dan mengiringi isterinya, beliau terus menaiki tangga untuk bertemu dengan Barack Obama dan isteri.

Melania yang baru turun dari kenderaan dengan membawa cenderahati berjalan sendirian ke arah Obama dan Michelle Obama.

Selepas berjabat tangan dan bergambar, Trump turut mendahului memasuki White House, meninggalkan isterinya yang diiringi oleh Obama dan isteri.

Mungkin menyedari Obama tidak bersamanya, Trump berhenti di tepi pintu sebelum membenarkan Michelle dan Melania memasuki dahulu.

Obama mengiringi Michelle ketika tiba di White House pada tahun 2009.
Obama mengiringi Michelle ketika tiba di White House pada tahun 2009.

Kelakuan Trump itu berbeza dengan Obama dan presiden-presiden sebelumnya, George W Bush dan Bill Clinton yang tiba dengan penuh etika dan adat bersama-sama pasangan mereka bagi majlis peralihan kuasa.

Dalam upacara mengangkat sumpah presiden sebelum ini, baik Clinton, Bush dan Obama akan menunggu isteri masing-masing selepas keluar dari kenderaan, mengiringi isteri mereka untuk disambut oleh penyandang presiden dan isteri.

Bill Clinton bersama Hillary Clinton dan anak mereka, Chelsea Clinton ketika disambut oleh Barbara Bush.

Bill Clinton bersama Hillary Clinton dan anak mereka, Chelsea Clinton ketika disambut oleh Barbara Bush.

Dalam kejadian tempoh hari, lensa kamera juga tidak melepaskan pandangan pelik Michelle terhadap pelakuan Trump terhadap isterinya.

Bahasa tubuh Melania dan Trump itu mendorong pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka. – MalaysiaGazette