LONDON – Pemain Liverpool, Mohammed Salah terus mendahului carta penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris setakat 16 perlawanan ini dengan jumlah 13 gol.
Penyerang antarabangsa Mesir menambah satu gol menarik semalam biarpun tuan rumah terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.
Prestasi Salah, 25, kini semakin cemerlang bersama Liverpool selepas berhijrah dari Roma pada Ogos lalu.
Permulaan Salah di Anfield amat luar biasa. Sebelum ini, dia menjaringkan sembilan gol, lebih banyak daripada pemain Liverpool yang lain selepas 12 perlawanan mengatasi rekod Robbie Fowler.
Perpindahan Salah ke Liverpool menelan kos mencecah £35 juta termasuk bonus yang mampu mencapai £39 juta.
Nilai ini memecahkan rekod pembelian Liverpool yang sebelum ini dipegang oleh Andy Carroll dari Newcastle United bernilai £35 juta, pada Januari 2011.
Salah kini menerima gaji sekitar £90 ribu seminggu dan menyarung jersi nombor 11 milik Roberto Firmino, yang beralik kepaa jersi nombor 9.
Pada 2014, mereka berusaha mendapatkannya dari Basel, tapi Chelsea lebih bernasib baik.
Salah ke Stamford Bridge dengan nilai £12 juta dan dipinjamkan ke Fiorentina dan Roma.- MalaysiaGazette