LONDON – Arsenal, Tottenham Hotspur dan Manchester United kini memburu pemain Jerman bawah 21 tahun, Nadiem Amiri bagi memantapkan lagi pasukan masing-masing.
Pemain pertahanan Hoffenheim menjadi buruan tiga kelab Liga Perdana Inggeris berikutan prestasi baik yang ditunjukkan dalam aksi Bundesliga pada musim ini.
Ketiga-tiga kelab itu sedang mempertimbangkan peruntukan sebanyak £20 juta bagi memikat pemain berusia 21 tahun pada jendela perpindahan Januari ini, lapor The Sun.
Amiri, ibubapanya berasal dari Afghanistan, masih mempunyai kontrak berbaki dua musim dengan Hoffenheim.
Pemain simpanan Jerman bawah 21 tahun itu membantu pasukannya mengatasi Sepanyol pada kejohanan Euros tahun lalu selepas membantu skuadnya menewaskan England pada perlawanan separuh akhir.
Beliau telah menjaringkan empat gol dalam aksi domestik pada musim ini. – Agensi