MANCHESTER – Manchester United bakal kehilangan Eric Bailly untuk tempoh panjang selepas pemian pertahanan itu memerlukan pembedahan susulan kecederaan buku lali yang berulang.
Bailly, 23 mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa bersama Ivory Coast dan dia tidak beraksi buat United sejak kekalahan di Chelsea bulan lalu.
Pengurus Jose Mourinho yang mendedahkan perkara itu berkata, dia tidak pasti berapa lama Bailly akan berehat dan mungkin sehingga tamat musim ini.
“Ia kecederaan ketia dia mewakili negaranya dan saya fikir ia sangat serisu.
“Bailly telah menjalani rawatan namun jika tidak membawa kesan seperti yang diharapkan, dia perlu menjalani pembedahan.
“Saya bukannya doktor, mungkin doktor akan memaklumkan dan tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya pada sidang media selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Bournemouth awal pagi tadi.
Sepanjang ketiadaan Bailly, gandingan England, Chris Smalling dan Phil Jones menjadi pilihan utama Mourinho hingga kepulangan Marcos Rojo daripada kecederaan.
“Malam ini, saya menurunkan Smalling dan Jones.
“Lindelof dan Blind diletakkan di bangku simpanan dan Rojo masih cedera tapi tidak serius,” katanya pengendali kelahiran Portugal itu.
Hanya Henrikh Mkhitaryan tidak disenaraikan untuk pertemuan Bournemouth di mana gol kemenangan dijaringkan Romelu Lukaku pada minit ke-25.
Mourinho tidak menurunkan Mkhitaryan sejak Oktober lalu. – MalaysiaGazette