West Ham United mengesahkan penjualan pemain tengahnya, Dimitri Payet kepada Marseille dengan nilai perpindahan £25 juta.
Payet, 29 dalam akaun Twitter peribadinya menyatakan ‘kembali ke tanahair’.
Pengerusi West Ham, David Gold mengesahkan berita penghijrahan pemain prolifik itu.
“Saya secara rasmi boleh mengesahkan Kelab hari ini bersetuju yuran £25 juta untuk penjualan Dimitri Payet kepada Olympique de Marseille,” katanya. – Agensi