Thursday, November 28, 2024
Home Dunia Jepun kenakan lebih banyak sekatan ke atas Korea Utara

Jepun kenakan lebih banyak sekatan ke atas Korea Utara

Yoshihide Suga . foto Agensi

TOKYO – Jepun akan mengenakan sekatan tambahan ke atas Korea Utara berikutan ancaman berulang nuklear dan peluru berpandu tanpa henti oleh Pyongyang terhadap negara ini.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga mendedahkan, pihaknya telah membuat keputusan untuk membekukan aset 19 institusi Korea Utara selepas ini.

Sebelum ini, Korea Utara pernah menegaskan tembakan peluru berpandu ke arah Jepun adalah langkah pertama operasi ketenteraan di Pasifik dan mengancam menambah bedilan senjata itu ketika berdepan kecaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan amaran Amerika Syarikat (AS).

Media negara juga mengulangi ancaman terhadap Guam, sebuah wilayah Amerika Syarikat (AS) di Pasifik sambil menamakan kawasan berkenaan se­bagai pangkalan pencerobohan.

Agensi berita ras­mi Korea Utara, KCNA memetik pe­mimpinnya, Kim Jong-un melaporkan, lebih ba­nyak peluru ber­pandu balistik de­ngan menjadikan kawasan Pasifik sebagai sasaran di masa depan.

Majlis Keselamatan PBB yang mengenakan tujuh set sekatan ke atas Pyongyang berkata dalam kenyataan sebulat suara bahawa tindakan Korea Utara itu bukan sahaja mengancam rantau itu tetapi semua negara anggota badan dunia berke­naan.

KIm Jong-un