Home Sukan Chelsea enggan jual Willian

Chelsea enggan jual Willian

Jose Mourinho meminati aksi Willian di atas padang.

LONDON – Chelsea enggan menjual Willian pada jendela perpindahan bulan depan biarpun Manchester United telah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah itu.

Ini kerana, pengurus Chelsea, Antonio Conte mahu mengekalkan hampir seluruh skuadnya, selain merancang untuk menambah pemain lagi.

Namun Chelsea akan berfikir dua kali untuk menjual pemain berusia 29 tahun itu jika menerima tawaran ‘luar biasa’.

Willian sebelum ini dikatakan kecewa dengan peluang yang terhad untuk bermain dan pada masa sama mengetahui pengurus United, Jose Mourinho begitu meminatinya.

Bagaimanapun pemain kelahiran Brazil itu tampil bersuara mengenai masa depannya apabila dia

memberitahu para penyokong kelab itu supaya bertenang kerana dia gembira di Stamford Bridge.- MalaysiaGazette