Home Dunia Wanita Arab Saudi akan dibenarkan pandu lori, tunggang motosikal

Wanita Arab Saudi akan dibenarkan pandu lori, tunggang motosikal

RIYADH – Kaum wanita di Arab Saudi akan dibenarkan memandu lori apabila syarat dan garis paduan mengenai perkara itu diselesaikan, kata Jabatan Trafik Awam (GDT) negara itu

Kini hanya kaum lelaki yang dibenarkan memandu lori.

Wanita di negara itu juga akan dibenarkan menunggang motosikal apabila Perintah DiRaja yang melakukan pengumuman pada September lalu dilaksanakan pada Jun 2018, lapor AlArabia.

Pada 26 September lalu, Raja Salman mengarahkan pengeluaran lesen memandu kepada kaum wanita di Arab Saudi.

Perintah DiRaja dikeluarkan bagi menguatkuasakan peraturan-peraturan trafik, termasuk pengeluaran lesen memandu untuk lelaki dan wanita dan mewujudkan jawatankuasa peringkat tertinggi kementerian bagi mengkaji keperluan pelaksanaannya. -Agensi