NEW DELHI – Interpol menolak permintaan mengeluarkan notis atau Red Corner Notice (RCN) kepada pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik.
Menurut Agensi Penyiasatan Nasional (NIA) di India dan memaklumkan RCN ditolak oleh Interpol kerana ketiadaan bukti untuk menyiasat dakwaan negara itu terhadap Zakir.
Justeru, NIA akan menghantar permohonan baharu terhadap Zakir kepada Interpol.
“Permohonan NIA untuk RCN terhadap Zakir tidak diterima Interpoll dan pendakwaan tidak difailkan.
“Sekarang, NIA akan mengemukakan permohonan baharu kepada Interpol,” ujarnya menurut laporn agensi berita hari ini.
Sebelum itu, kerajaan India mahu mengambil tindakan kepada Zakir yang didakwa terlibat dalam menyokong pengganas dan menghina agama Hindu kini mendapat hak penduduk tetap di Malaysia.- MalaysiaGazette