Home Politik Perlaksanaan IMAMS terburu-buru

Perlaksanaan IMAMS terburu-buru

Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin

ALOR SETAR – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyanjung tinggi tindakan serta merta Perdana Menteri mengarahkan pelaksanaan IMAMS dihentikan serta merta.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkat, ianya dilihat membebankan rakyat serta pelaksanaannya dilihat terlalu terburu-buru dan tidak rasional.

“Tindakan ini juga membuktikan Datuk Seri Najib Razak sentiasa peka dan menitik beratkan keperluan dan keadaan semasa rakyat yang dibebani oleh kenaikan kos sara hidup dan faktor-faktor luar jangka yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, pihaknya juga berharap sebarang perlaksanaan harus mengambil kira kepentingan dan sensiviti rakyat.

“Bagi Pemuda Kedah, Ini bukan masanya nak menambah beban rakyat. Setiap inisiatif mesti dinilai secara keseluruhan. Alasan kononnya inisiatif ini menambah perbendaharaan kerajaan tidak setimpal dengan beban tambahan kepada jemaah umrah.

“Reaksi rakyat sudah boleh menjadi kayu ukur kepada usaha yang semberono dan membuta tuli seperti ini,” ujarnya lagi.

Pemuda UMNO Kedah percaya bahawa inisiatif ini menampakkan sistem nilaian perolehan kementerian berkaitan dan sewajarnya mengambil kira impak politik dan pada masa yang sama mengkaji beban kewangan yg sedang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhannya.

Hakikatnya ianya tidak wajar berulang sama sekali di masa akan datang dan pihaknya mahu agar setiap inisiatif mesti mendapatkan pandangan rakyat, katanya.- MalaysiaGazette