Home Nasional Halalkan dadah: Putrajaya tak terima resolusi PBB

Halalkan dadah: Putrajaya tak terima resolusi PBB

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan Ke-4 di Dewan Merdeka, Putra World Trade Center Kuala Lumpur. foto ADIB RAMLI, 17 DISEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bertegas tidak akan menerima resolusi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PPB) mengenai langkah ‘menghalalkan’ penggunaan beberapa jenis dadah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, biar pun akan ada resolusi sedemikian namun Putrajaya tidak akan berkompromi kerana isu penyalahgunaan dadah yang sekian lama mencengkam masyarakat.

Malah usaha kearah pembasmian najis dadah juga telah dibuat secara besar-besaran namun tidak dapat diselesaikan secara total, katanya.

“Kami berpendirian selagi penagihan dadah tidak dihapuskan 100 peratus selagi itulah masalah sosial melalui penagihan dadah.

“Maka kerajaan Malaysia tidak akan mematuhi usaha antarabangsa untuk halalkan penggunaan dadah. Kami merasakan jika penyalahgunaan dadah ini mahu dihalalkan ia bersifat luar norma kemanusian,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra disini hari ini.

Tahun lalu, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sebulat suara menolak cadangan berapa negara barat yang mahu beberapa jenis dadah dihalalkan penggunaannya kepada umum.

Menurut Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah, antara tahun 2009 dan tahun 2014, kuantiti methamphetamine dirampas di Asia Timur dan Asia Tenggara meningkat kira-kira empat kali ganda kepada hampir 50 tan. – MalaysiaGazette.