Home Dunia Gangguan elektrik, operasi lapangan terbang Altanta digantung

Gangguan elektrik, operasi lapangan terbang Altanta digantung

Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson bergelap akibat gangguan bekalan elektrik. foto Agensi

ATLANTA – Semua operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson digantung berikutan gangguan bekalan elektrik.

Punca gangguan tidak diketahui.

Bagaimanapun, pasukan bomba sudah dalam keadaan siap sedia ketika syarikat operator sedang mengatasi masalah itu.

Semua jadual penerbangan dipinda manakala pesawat yang dijadual tiba di lapangan terbang tersebut dialihkan ke lapangan terbang lain.

Masalah itu turut menjejaskan operasi pemeriksaan dan landasan.

Dalam satu kenyataan, lapangan terbang itu berkata, gangguan bermula pada pukul 1 tengah hari dan punca sedang dikenal pasti oleh Georgia Power.

Lapangan Terbang Antarabangs aHartsfield-Jackson adalah lapangan terbang tersibuk di dunia, mengendalikan lebih 250,000 penumpang dan hampir 2,500 ketibaan dan berlepas setiap hari.

Atlanta terletak dalam penerbangan dua jam sebanyak 80 peratus penduduk Amerika Syarikat, menjadikan bandar itu sebagai pelabuhan utama masuk ke Amerika Syarikat dan persinggahan umum untuk perjalanan di dalam negara. – MalaysiaGazette