Home Nasional Azwan tiba di SPRM serah bukti

Azwan tiba di SPRM serah bukti

Selebriti, Azwan Ali hadir bersama sampul berisi bahan bukti bagi mengemukakan salah laku rasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 20 DISEMBER 2017

PUTRAJAYA – Azwan Ali yang merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10:06 pagi ini.

Pengacara terkenal itu kelihatan membawa bahan bukti dakwaan salah laku rasuah yang melibatkan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh abangnya, Mohamed Azmin Ali.

Azwan kemudiannya masuk ke bangunan SPRM membawa bukti lebih kurang 10 minit selepas ketibaannya.

Sementara itu, pengamal media hadir di perkarangan SPRM seawal 9:30 pagi untuk membuat liputan. – MalaysiaGazette