MANCHESTER – Penyerang Romelu Lukaku rupanya cukup menitikberatkan soal warna selepas mengecat semula kereta Rolls Royce miliknya.
Kenderaan pemain Manchester United itu yang bernilai £250,000 sebelum ini berwarna putih dan hitam.
Namun pemain antarabangsa Belgium itu telah memilih untuk menukar warna keretanya dengan mengecat semula dengan warna-warna United.
Kereta berkenaan kini telah lengkap dengan warna hitam dan merah pada tingkap dan gril.
Ianya disiapkan selepas penyerang itu kembali mencetak nama sebagai penjaring gol menentang bekas kelabnya, West Bromwich Albion dalam Liga Perdana Inggeris, minggu lalu. – MalaysiaGazette