KUALA LUMPUR – Kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah yang bernilai RM1 juta dikekalkan, demikian menurut Kementerian Kewangan hari ini.
Dalam satu kenyataan, MOF berkata, kerajaan tidak akan meneruskan cadangan untuk menaikkan kadar duti setem daripada tiga peratus kepada empat peratus bagi hartanah melebihi RM1 juta mulai 1 Januari 2018.
Cadangan tersebut pernah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2017.
“Sehubungan itu, kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah (Borang 14A) yang bernilai melebihi RM 1 juta adalah dikekalkan dan masih sama seperti sedia ada,” kata kementerian tersebut. – MalaysiaGazette