Home Seni Hidup Putera Harry berhenti merokok kerana bakal isteri

Putera Harry berhenti merokok kerana bakal isteri

LONDON – Puteri Harry sanggup meninggalkan tabiat merokoknya demi bakal isteri iaitu pelakon Meghan Makle menjelang hari perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada Mei tahun depan.

HollywoddLife.com melaporkan, pengorbanan Harry itu telah menggembirakan Meghan.

“Meghan tidak suka dengan bau asap dan dia selalu benci mahu mencium Harry selepas dia merokok.”

“Walaupun Harry selalu menggunakan penyegar nafas yang benar-benar kuat selepas dia mempunyai rokok, tetapi Meghan masih dapat merasai bau tembakau itu.

“Meghan tahu betapa sukar bagi Harry untuk berhenti, jadi dia benar-benar menghargainya,” kata sumber itu.

Sumber itu memberitahu, Harry berusaha untuk meninggalkan tabiat buruknya itu kerana menghargai keputusan Meghan yang rela keluar dari dunia glamornya.

“Harry mengatakan ia sekurang-kurangnya dapat dilakukan kerana Meghan bergerak ke seberang dunia dan melepaskan kerjayanya”, tuturnya.

Baru-baru ini, Harry dan Meghan mengumumkan menerusi akaun Twitter Kensington Palace bahawa perkahwinan mereka akan berlangsung pada 19 Mei 2018.

Laporan media antarabangsa menyebut, Meghan mempunyai rancangan istimewa untuk gaun pengantin yang khabarnya mencecah nilai US$50,000 (kira-kira RM203,699).

Bintang filem Remember Me itu menginginkan sepasang gaun yang ringkas dan romantis.

“Meghan sangat sukakan fesyen dan dia tampil dengan gaun perkahwinan yang sempurna.

“Dia telah memikirkan rekaan kreatif dan memasukkan ingatan lady Diana ke dalam hari yang paling penting dalam kehidupan mereka. Jadi dia telah berbincang dengan pereka terkenal, Elizabeth Emanuel (yang juga merupakan pereka pakaian perkahwinan Diana),” tambah sumber itu lagi.

Busana yang akan dipakai oleh Putera Harry disediakan pereka terkenal, Misha Nonno yang juga sahabat Meghan. – MalaysiaGazette