Home Politik Azmin ‘tenggelam’ dalam video propaganda PH

Azmin ‘tenggelam’ dalam video propaganda PH

KUALA LUMPUR – Gabungan pembangkang semalam melancarkan Kempen Undi Pimpinan Pakatan Harapan (PH) bagi propaganda untuk PRU-14 kelak.

Biar pun sudah mencecah 30,000 tontonan namun lensa Malaysia Gazette tertumpu kepada ‘kemunculan’ dan dialog yang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jika diteliti, kemunculan Menteri Besar Selangor itu seakan-akan agak ‘tenggelam’ dek kerana kemunculan beberapa kali tokoh-tokoh ‘popular’ Pakatan Harapan (PH).

Mohamed Azmin dilihat hanya muncul sebanyak tiga kali sahja dengan dialog pendek yang tidak menggambarkan beliau tokoh paling utama di Selangor itu.

‘ia penting’, ‘ketidakadilan’ dan ‘untuk Malaysia’. Itu sahaja dialog Mohamed Azmin sedangkan ramai lagi tokoh-tokoh pimpinan PH yang mengucapkan dialog yang lebih panjang.

Umpamanya, Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN) Dr. Siti Mariah Mahmood yang dilihat membuat penampilan sebanyak lima kali – jauh lebih banyak berbanding Mohamed Azmin dan mengucapkan kata-kata jauh lebih bagus.

Dalam hieraki politik, siapalah Siti Mariah berbanding Mohamed Azmin.

Selain Dr. Mariah, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga dilihat lebih menonjol berbanding Mohamed Azmin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tampil dalam video berkenaan sebanyak empat kali dengan kata-kata yang tidak kurang dramatik seperti ‘ini satu tanggungjawab’ dan ‘jangan fikir’ yang kemudiannya disambung oleh presiden PKR yang juga ibunya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah membuat tiga kali kemunculan dalam video yang dilancarkan oleh PH semalam.

Video berdurasi seminit 28 saat itu dimulakan dengan kemunculan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkata, PRU-14akan diadakan pada bila-bila masa.

 

Ia diikuti dengan Presiden PAN, Mohamad Sabu yang membuat kemunculan sebanyak empat kali.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan hanya dua kemunculan dengan dialog yang pendek dan tidak meyakinkan.

Kemudian diikuti Presiden PPBM, Tan Sri Muhyididn Yassin membuat empat kemunculan dengan kata-kata mengingatkan pengundi untuk menjalankan tanggungjawab bagi memilih kerajaan pada PRU-14.

Turut muncul, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sebanyak empat kali dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo sebanyak tiga kali. -MalaysiaGazette.