Home Dunia Kes porno: Menteri Britain dipaksa letak jawatan

Kes porno: Menteri Britain dipaksa letak jawatan

Damian Green.

LONDON –  Menteri Kanan, Damian Green telah dipaksa oleh Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk meletak jawatan hari ini berikutan hasil siasatan kes berkaitan pornografi.

Siasatan dalaman mendapati Green telah memberi kenyataan yang mengelirukan mengenai bahan pornografi yang ditemui pada komputer di pejabatnya di Parlimen.

Keputusan May itu merupakan satu tamparan hebat buat partinya yang perlu meneruskan rundingan Brexit pada tahun terakhir sebelum Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada Mac 2019.

Sementara itu, Green yang dipercayai sekutu paling dipercayai dilantik sebagai setiausaha pertama negara enam bulan lalu.

Akhbar Sunday Times, bulan lalu melaporkan polis menemui bahan pornografi pada komputer di pejabat Green di Dewan Parlimen.

Green yang berusia 61 tahun menafikan dakwaan itu.

May membuat kesimpulan kenyataan Green bahawa dia tidak menyedari ada bahan tidak senonoh dijumpai di komputer sebagai ‘tidak tepat dan mengelirukan.’

“Saya mohon maaf dan kesal kerana diminta untuk meletak jawatan daripada kerajaan berikutan pelanggaran peraturan Menteri,” kata Green dalam satu surat kepada May.

Beliau adalah menteri Kabinet May yang ketiga meletak jawatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas setiausaha pertahanan berhenti pada November lalu kerana pernah melanggar standard kelakuan yang diperlukan.

Timbalan Menterinya meletak jawatan seminggu kemudian selepas mengakui mengadakan pertemuan rahsia dengan pegawai Israel. – MalaysiaGazette