Home Nasional Patung `Sleeping Buddha’ berusia 90 tahun dilarikan

Patung `Sleeping Buddha’ berusia 90 tahun dilarikan

Perbuatan melarikan patung Buddha bernilai RM10,000 dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi tadi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di ruang sembahyang berkenaan.

PULAU PINANG – Sepasang lelaki dan perempuan Cina diburu polis selepas dirakam melarikan sebuah patung Buddha berusia 90 tahun yang diletakkan di ruang sembahyang Persatuan Buddha Pulau Pinang, Jalan Anson, di sini pagi tadi.

Perbuatan mereka melarikan patung Buddha bernilai RM10,000 dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi tadi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di ruang sembahyang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua suspek mengambil patung yang dikenali sebagai `Sleeping Buddha’ itu yang diletakkan bersama-sama patung lain sebelum dimasukkan ke dalam beg berwarna hitam.

“Kehilangan patung setinggi kira-kira 0.4 meter itu hanya disedari petugas di ruang sembahyang bangunan tersebut kira-kira pukul 10 pagi sebelum membuat laporan polis.

“Semakan CCTV menunjukkan dengan jelas perbuatan dua suspek berkenaan mengambil patung berkenaan tanpa disedari individu lain yang turut bersembahyang ketika kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Anuar, pasangan berkenaan kemudiannya melarikan diri menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna ungu dan polis kini sedang giat menjejak suspek berkenaan.

Comments are closed.