ENGLAND – Manchester City telah membuka rundingan bersama Southampton untuk menandatangani Virgil van Dijk.
Pemain antarabangsa Belanda itu berada dalam radar Liverpool musim ini.
Namun Liverpool didesak memohon maaf secara umum kepada Southampton selepas pujukan Jurgen Klopp terhadap van Dijk didedahkan kepada umum.
The Guardian melaporkan bahawa Pep Guardiola mendesak Hirarki City untuk membeli pemain itu bersama Alexis Sanchez dari Arsenal.
City dikatakan sudah bersedia untuk bertindak mengikut nasihat Guardiola dengan membuka rundingan bersama Southampton.
Van Dijk telah mengemukakan tuntutan perpindahan pada musim ini dan dilaporkan bidaan sekitar £60 juta (RM328.4 juta) sudah memadai untuk memujuk Southampton melepaskan pemain itu.
Guadiola mensasarkan pemain berusia 26 tahun itu sebagai pengganti sesuai Vincent Kompany yang hanya beraksi dalam 7 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Chelsea juga sedang berebut khidmat van Dijk awal Disember ini sambil melontar amaran bahawa City harus disekat daripada mendapatkan pemain pertahanan Belanda itu.
“Setiap pasukan dan kelab perlu memerhatikan perkara ini secara serius.
“Ia penting kerana kelab seperti Manchester City merampas semua pemain terbaik, yang mana akan menyukarkan kita untuk bersaing bukan sahaja dalam liag domestik tetapi juga peringkat Eropah,” katanya.- MalaysiaGazette