Home Sukan Eduardo Berizzo dipecat

Eduardo Berizzo dipecat

Eduardo Berizzo

SEPANYOL – Sevilla memecat Eduardo Berizzo sebagai pengurus pasukan itu ekoran rekod buruk sepanjang musim ini.

Pemecatan Berizzo menyusul berikutan Sevilla hanya mampu mencatat satu kemenangan daripada lima perlawanan.

Lembaga Pengarah kelab itu bertindak pantas untuk melepaskan Berizzo daripada tugas kejurulatihan bersama kelab itu setelah tujuh bulan menerajui pasukan tersebut.

Sevilla kini menduduki tangga kelima dalam carta La Liga.

Berizzo baru sahaja kembali bertugas setelah menjalani pembedahan kanser tujuh hari lalu selepas kelab mendedahkan dia bergelut dengan penyakit barah pada November lalu.

Dalam kenyataan rasminya, Sevilla menjelaskan keputusan itu terpaksa diambil berikutan rekod terburuk pasukan.

kelab memanjangkan penghargaan kepada Berizzo atas segala sumbangan yang dicurahkan selama ini.

Sevilla juga mengesahkan kelab itu sedang mengadaka rundingan untuk proses pelantikan pengurus baharu pasukan.

Pengumuman pengurus baharu dijangka dibuat selepas sambutan Krismas Isnin ini.

Prestasi hambar Sevilla menyaksikan ia ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu La Liga Barcelona termasuklah dimalukan 5-0 oleh Real Madrid.

Dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah Sevilla terikat seri 3-3 dengan Liverpool.

Sevilla dijangka mempunyai pengurus baharu semasa ia berdepan Manchester United di pusingan kalah mati pada Februari 2018.

Berizzo terdahulu terlibat dalam pertengkaran dengan pemainnya Steven N’Zonzi semasa berdepan Liverpool dan mengakui bintang tengah itu akan meninggalkan Sevilla pada jendela perpindahan sejuk Januari ini. – MalaysiaGazette