Home Politik PRU-14: Ezam akan lawan Najib di Pekan

PRU-14: Ezam akan lawan Najib di Pekan

Mohamad Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Parti Generasi Baru (PGB), Datuk Ezam Mohd Nor dilaporkan bakal bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Beliau dipercayai akan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Palrimen Pekan pada PRU-14.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Hisbah Centre for Reform (Hisbah).

“Ia diwakili anggota parlimen yang mengetuai kerajaan yang membenarkan dan mempraktikkan al-ghulul (salah guna jawatan) dalam skala kecurian terbesar di dunia.

“Namun Hisbah mengambil maklum unsur penipuan ketara dalam pola pengundi di Parlimen Pekan di mana peningkatan pengundi mendadak lebih seratus peratus daripada kurang 40,000 pengundi kepada lebih 80,000 pengundi,” katanya memetik laporan The Malaysian Insight.

Beliau dikatakan bakal bertanding mewakili NGO itu pada PRU-14.

Malah bekas Senator itu akan menumpukan isu rasuah dan salah guna kuasa dalam kempennya kelak.

Pada Mac lalu, beliau mengumumkan penubuhan ‘Parti Bebas Rasuah’ – usaha penjenamaan semula Parti Generasi Baru.

Namun beliau meninggalkan parti itu beberapa bulan kemudian atas sebab kelewatan Jabatan Pendaftaran Negara (ROS) meluluskan penukaran nama Parti Generasi Baru kepada Parti Bebas Rasuah. -MalaysiaGazette