Home Nasional Shahidan yakin isu tanah Felda akan selesai

Shahidan yakin isu tanah Felda akan selesai

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut meluangkan masa beramah mesra dengan beberapa pemimpin Parti DAP yang turut hadir pada Sambutan Hari Krismas 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 27 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim percaya isu tanah Felda di Jalan Semarak akan dapat diselesaikan.

Justeru tambahnya, mana-mana pihak sekalipun seharusnya tidak memburukkan lagi situasi.

“Kita kena ingat apa juga masalah saya pasti kerajaan akan dapat menyelesaikannya dengan baik.

“Biarlah pihak kerajaan menanganinya dengan baik,” ujar beliau ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Krismas Wilayah Persekutuan di perkarangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.

Terdahulu Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan parti pembangkang agar berpada-pada dalam memainkan isu berkaitan tanah Felda dan ‘gadai negara’ itu ada benarnya.

Ujar Annuar, jika sebaliknya pembangkang akan bertambah hanyut dan lama kelamaan syok sendiri dengan melemparkan pelbagai tuduhan tanpa fakta terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). – MalaysiaGazette