MILAN – Inter Milan dilaporkan sedang memantau dengan lebih dekat Henrikh Mkhitaryan di Manchester United ketika ini.
Skysport melapor, laporan Sky In Italy mendedahkan pemain tengah itu adalah salah seorang daripada beberapa pemain yang diburu Inter pada bulan depan.
Selain pemain kebangsaan Armenia itu, Inter juga berminat dengan Gerard Deulofeu di Barcelona dan Javier Pastore di Paris Saint Germain.
Bulan lalu pengurus United, Jose Mourinho mengesahkan Mkhitaryan digugurkan kerana dia tidak berpuas dengan persembahan bintang itu.
Mkhitaryan belum memulakan aksi dalam permainan Liga Perdana bersama United sejak kekalahan yang berlaku di Chelsea pada 5 November lalu.
Kali terakhir dia bermain adalah sepanjang babak kedua dalam perlawanan seri 2-2 dengan Burnley.
Baru-baru ini, United telah mengemukakan tawaran pembukaan termasuk Mkhitaryan sebagai tambahan kepada jumlah perpindahan sebanyak £70 juta (RM384 juta) bagi menjamin nasib kelab itu untuk mengikat bintang Juventus, Paulo Dybala. – MalaysiaGazette