Home Ekonomi Maybank kekalkan penarafan ‘beli’ ke atas TNB

Maybank kekalkan penarafan ‘beli’ ke atas TNB

Maybank, kumpulan perbankan yang terbesar di Malaysia dari segi aset, menjangkakan transaksi perbankan mudah alih bank itu akan melebihi RM40 bilion pada tahun ini berbanding hanya RM25 bilion yang direkodkan pada tahun lepas. 
Maybank
Maybank Investment Bank Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Tenaga Nasional susulan pengumuman bahawa kerajaan bersetuju ke atas rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kilowatt berkuat kuasa 1 Januari hingga 30 Jun, 2017.

Dalam notanya hari ini, Maybank berkata kecuali berlaku pembetulan mendadak harga arang batu atau gas asli cecair dalam tempoh enam bulan akan datang, kami menjangkakan rebat tarif akan dikurangkan atau dimansuhkan bagi separuh kedua 2017.

“Oleh itu, kami mengulangi penarafan ‘beli’ dengan harga sasaran tidak berubah pada RM16.40,” kata firma penyelidikan itu.

Pada kadar harga bahan api semasa, serta mengambil kira rebat tarif pada separuh pertama 2017, firma penyelidikan itu menganggarkan pengawal selia mempunyai baki penampan yang terhad bagi tempoh separuh kedua 2017.

“Oleh itu, kami menjangkakan rebat tarif akan dikurangkan atau dimansuhkan bagi tempoh separuh kedua 2017,” katanya.

Tenaga terus menjadi antara pilihan utama Maybank Investment Bank Research dalam pasaran berdasarkan penilaian yang menarik serta profil pendapatan yang stabil.

Dalam tempoh jangka sederhana, pengenaan surcaj tarif akan memberi isyarat pelaksanaan sepenuhnya mekanisme pelepasan kos bahan api, yang menyumbang kepada pengembangan berganda.

Pada 11.58 pagi, harga saham TNB tidak berubah pada RM14, dengan 1.96 juta saham bertukar tangan.

— BERNAMA