Home Seni Hidup Hafiz Suip bergelar bapa

Hafiz Suip bergelar bapa

Foto Instragram Hafiz Suip.

KUALA LUMPUR – Hari terakhir 2017 menjadi kenangan terindah buat  penyanyi popular, Hafiz Suip apabila isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah, 24, selamat melahirkan cahaya mata lelaki.

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 27, berkongsi berita gembira itu di laman sosial Instagram miliknya.

Dia memuatkan naik sekeping gambar yang menunjukkan kaki kanan bayi sulungnya itu.

Menerusi kasyen gambar itu, Hafiz meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu dan berterima kasih kepada Nureffy.

“Assalamualaikum semua, pertama sekali saya bersyukur ke-hadrat Ilahi di atas kurniaNya, cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

Foto Instagram Hafiz Suip.

“Jutaan terima kasih kepada isteri untuk momen yang paling indah dan hadiah istimewa tahun ini. Tidak dilupakan buat keluarga serta rakan-rakan yang banyak memberi sokongan termasuk doktor dan kakak-kakak jururawat yang memberikan khidmat terbaik menyambut kelahiran anak sulung saya,” tulisnya.

Hafiz dan isteri berkahwin pada 14 Mei 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman Nureffy di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak. – MalaysiaGazette