Home Utama Kawasan rendah 6 jajahan di Kelantan dijangka dinaiki air esok

Kawasan rendah 6 jajahan di Kelantan dijangka dinaiki air esok

Jumlah penduduk yang terjejas banjir sehingga terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak setakat 8 pagi ini, kini 126 orang melibatkan dua daerah.-Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menjangkakan enam jajahan sekitar lembangan sungai negeri itu akan dinaiki air mulai pukul 1 pagi esok.

Pengarahnya Kamal Mustapha berkata, ia berikutan jumlah hujan melebihi 240 milimeter berlaku sejak dua hari lepas di Gunung Gagau, Gua Musang.

“Ekoran daripada itu air Sungai Kelantan dijangka meningkat dan diramalkan kebanyakan kawasan rendah sepanjang sungai Kelantan berisiko dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, enam jajahan itu merangkumi Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat.

Sehubungan itu, katanya, semua penduduk di kawasan berkenaan diminta mengambil langkah berwaspada dan sentiasa berhubung dengan pusat kawalan operasi banjir berhampiran. – Bernama

+ posts

Comments are closed.