PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar mendapat pengiktirafan apabila dipilih pemenang trofi Samba d’Or untuk kali ketiga.
Anugerah tersebut diberi bagi menghargai pemain terbaik Brazil di Eropah dan ianya diundi oleh sebilangan penyokong, wartawan serta bekas pemain.
Pemain antarabangsa Brazil itu turut merangkul gelaran sama pada musim 2014 dan 2015 ketika Neymar bersama kelab Barcelona.
Kemenangan tersebut menjadikan Neymar berada sebaris dengan rakan sepasukannya Thiago Silva yang juga merangkul tiga kali selepas Kaka meraihnya buat kali pertama anugerah ini diperkenal pada tahun 2008.
Selain Neymar, pemain tengah Liverpool Philippe Coutinho juga pernah menerima anugerah ini pada tahun 2016.
Neymar telah merakam 17 gol daripada 20 aksi sejak berpindah ke PSG dari Barca Ogos lalu.
Dia bakal menerima trofi pada majlis di sini pada bulan depan. – MalaysiaGazette