Home Dunia India pinda rang undang-undang bankrap

India pinda rang undang-undang bankrap

NEW DELHI – Parlimen India pada Selasa meluluskan pindaan pada bil Rang Undang-Undang Kod Insolvensi dan Kebankrapan.

Pindaan itu dikatakan sebagai tindakan menghalang pemilik firma guaman untuk membida dan membeli semula aset setelah ia dilelong sebahagian daripada prosiding muflis.

Kerajaan itu sebelum ini telah meluluskan perintah eksekutif yang bertujuan untuk menjauhkan individu tangf telah denga sengaja memungkiri, dikaitkan dengan aset tidak berbayar, secara lazimnya tidak patuh perintah dan berkemungkinan menjadi risiko kepada penyelesaian resolusi kebankrapan sesebuah syarikat.

Semasa perbahasan di Parlimen, Menteri Kewangan Arun Jaitley berkata, perubahan peraturan yang dicadangkan itu dijangka akan membantu prosses pemilihan pembeli untuk sesebuah aset lelongan.

Ia bermatlamat untuk mengelak peminjam secara tidak sengaja mengambil alih pengurusan syarikat selepas bank telah mengalami kerugian pinjaman.

Beberapa ahli parlimen pembangkang melahirkan kebimbangan mereka bahawa peraturan baharu itu dapat mengurangkan persaingan untuk aset tersebut dan menyebabkan pulangan yang lebih rendah untuk pemiutang.

Pada Jun lalu, Bank Pusat India mengarahkan 12 peminjam terbesar negara itu diheret ke mahkamah Kebankrapan sebagai langkah mengurangkan rekod pinjaman berjumlah AS$147 bilion yang dikumpul dalam sektor perbankan negara itu.- MalaysiaGazette