Home Utama PM jamin bantuan banjir cukup

PM jamin bantuan banjir cukup

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bantuan kbanjir kepada mangsa akan mencukupi.

Beliau berkata demikian menerusi akaun Twitter yang dimuatnaikya sejam yang lalu.

Perdana Menteri berkata, keadaan semua negeri yang terbabit dalam bencana banjir  sedang dipantau bagi melihat perkembangan semasa bencana.

“Saya memantau keadaan di beberapa negeri di selatan dan pantai timur yang dilanda banjir.

“Kerajaan akan pastikan bantuan mencukupi, dan saya harap semua yang terlibat tabah, utamakan keselamatan serta mengikuti arahan pihak berkuasa,” katanya.

Antara kawasan yang dilapor teruk dilanda banjir ialah Kuantan, Pahang, Kuala Krai dan Tanah Merah masing-masing di Kelantan serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Perkembangan terbaru menyaksikan bilangan sekolah di Pahang yang ditutup akibat banjir meningkat kepada 15 berbanding 11 buah semalam. -MalaysiaGazette

Comments are closed.