VENICE – Dua orang pencuri berjaya membawa lari beberapa khazanah berharga milik maharaja India yang kini dimiliki oleh ahli keluarga diraja Qatar dalam satu tindakan berani di Istana Doge, Venice.
Pihak polis kini sedang menyiasat kes tersebut dan menganggarkan nilai keseluruhan koleksi Khazanah Mogal dan Maharaja itu sekitar 1 juta Euro.
Laporan media pula menganggarkan nilai barangan yang dicuri itu adalah jutaan euro.
Dua pencuri berkenaan melarikan sepasang anting-anting dan kerongsang semasa hari terakhir pameran selama empat bulan yang mempamerkan 270 barangan seni halus abad kelima India.
Para penyiasat berkata, pencuri berkenaan berjaya mengambil barangan tersebut dengan mengambil kotak pameran selepas mematikan sistem penggera dan menyelinap dalam luatan manusia.
Penggera hanya berbunyi beberapa jam selepas itu.
“Jelas menunjukkan kami sedang berdepan dengan dua pencuri profesional yang berjaya menceroboh masuk bilik pameran yang dilengkapi dengan sistem penggera berteknologi tinggi,” kata ketua pesuruhjaya polis, Vito Gagliardi.-MalaysiaGazette