Home Nasional Kos haji kekal walaupun Arab Saudi laksana VAT

Kos haji kekal walaupun Arab Saudi laksana VAT

Datuk Seri Johan Abdullah

KUALA LUMPUR – Bayaran haji kekal RM9, 980 walaupun kerajaan Arab Saudi melaksanakan Cukai Nilai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah berkata, perlaksanaan VAT di sana tidak memberi impak secara langsung kepada operasi pihaknya.

“Perlaksanaan cukai tersebut tidak memberi impak secara langsung kepada jemaah haji muassah kali pertama kerana bayaran haji kekal RM9, 980,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, menurut Johan, keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung TH dijangka meningkat kepada RM400 juta seperti yang diumumkan sebelum ini.

Menurutnya, dalam mendokong aspirasi kerajaan menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia agar dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa, TH sejak tahun 2009 telah menanggung lebih daripada RM1 bilion subsidi haji.- MalaysiaGazette