KUALA LUMPURĀ – Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang yang melanda kebanyakan negeri dijangka berterusan sehingga 12 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan negeri-negeri yang terlibat ialah Kedah yang meliputi daerah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang dan Perak ( Kerian, Larut, Matang dan Selama).
Di Negeri Sembilan pula, kawasan yang terlibat ialah Rembau, Seremban dan Port Dickson; Melaka, Johor (Tangkak dan Muar) serta Pahang (Pekan dan Kuantan), kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette