KUALA LUMPUR – Berasaskan bulan ke bulan, pada November 2017, indeks nilai seunit eksport meningkat 0.4 peratus kepada 112.9 mata dipacu oleh minyak galian (+2.9%), minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (+1.1%) dan bahan kimia (+0.7%).
Sementara itu, indeks volum eksport turut naik sebanyak 0.9% kepada 139.0 mata. Ini disebabkan oleh bahan kimia (+3.8%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+3.4%) dan pelbagai barang keluaran kilang (+1.3%), kata Jabatan Perangkaan.
Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport merekodkan kenaikan 4.5% kepada 136.7 mata
Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 4.6% dan 9.7%.
Menurutnya, bagi tempoh yang sama, indeks nilai seunit import bertumbuh 0.2% kepada 116.1 mata yang disumbangkan oleh minyak galian (+4.2%), bahan kimia (+0.6%) dan barang-barang keluaran kilang (+0.5%).
Indeks volum import turut meningkat 2.1% kepada 144.0 mata. Peningkatan ini disumbangkan oleh barang-barang keluaran kilang (+7.3%), diikuti oleh pelbagai barang keluaran kilang (+4.7%) dan bahan kimia (+3.3%).
Bagi data pelarasan musim, indeks volum import pada bulan November naik 13.2% kepada 149.5 mata.
Berasaskan tahun ke tahun, indeks nilai seunit import dan indeks volum import masing-masing naik sebanyak 3.7% dan 11.2%.
Terma perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan 0.2% kepada 97.3 mata berbanding Oktober 2017. Sementara itu, perkembangan sebanyak 0.8% dicatatkan berasaskan tahun ke tahun. – MalaysiaGazette