KUALA LUMPUR – Pertemuan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini nampaknya belum persetujuan untuk kerjasama sepenuhnya.
Kedua-dua parti itu bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa teknikal bersama Pas-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan yang dipersetujui oleh mereka.
Kenyataan Jawatankuasa Induk Bersama Pas dan PPBM lewat petang tadi berkata, pertemuan mereka tadi memperhalusi deraf rangka kerjasama menghadapi PRU-14.
Pada pertemuan itu, PPBM diwakili timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pas juga diwakili tokoh yang berjawatan sama, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sebelum itu, sumber hanya mendakwa Pas diwakili oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Mustafa Ali.
Bagaimanapun, tidak ada satu pun kenyataan bersama itu menyebut mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) hanya Pas dengan PPBM sahaja.
Patutlah PPBM tidak menyertai PH sampai sekarang walaupun sudah memeterai perjanjian kerjasama.
Rupa-rupanya PPBM masih menaruh harapan dengan Pas dalam PRU-14.
Persoalannya jika sampai peringkat pembahagian kerusi dalam PRU-14, sanggupkah Pas berkongsi?-MalaysiaGazette