![fire](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2018/01/fire.jpg)
TORONTO – Beratus-ratus penumpang dipindahkan di Lapangan Terbang Pearson Toronto selepas sebuah pesawat yang ditolak dari pintu pagar bertembung dengan sebuah pesawat lain yang tiba.
WestJet Airlines dalam satu kenyataan berkata, perlanggaran antara kedua-dua pesawat Sunwing Airlines dan Westjet Airlines itu mengakibatkan kebakaran.
Pasukan keselamatan yang bergegas memadamkan api berjaya mengawal kebakaran.
Semua penumpang selamat, saksi melaporkan.
Lapangan Terbang Pearson menerusi Twitter berkata, semua petugas kebakaran dan kecemasan telah bertindak cepat dalam insiden yang berlaku di Terminal 3. – MalaysiaGazette