Home Dunia Pemandu Singapura digesa berhemah di luar negara

Pemandu Singapura digesa berhemah di luar negara

Gambar arkib kemalangan seorang rakyat Singapura di luar negara baru-baru ini.

SINGAPURA – Disebalik populasi yang kecil, Singapura menduduki tanggan keempat dalam kalangan negara Asia yang mana pemandunya terlibat dalam kemalangan maut dan kecederaan teruk di New Zealand.

Angka menunjukkan sekitar 50 pemandu Singapura terlibat dalam kemalangan di antara tahun 2012 sehingga tahun 2016.

China menduduki tangga pertama dengan merekodkan 350 kemalangan dalam tempoh sama diikuti India dan Filipina, demikian menurut laporan “Kemalangan Pemandu Luar Negara 2017,” yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan New Zealand.

Laporan yang menyenaraikan sebab-sebab kemalangan, jenis kemalangan dan lokasi menjadi petunjuk kepada sikap pemanduan rakyat Singapura di luar negara.

Dalam perkembangan tersebut, Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura, Benard Tay menggesa rakyat Singapura mengambil langkah berhati-hati semasa memandu di luar negara selain memahami budaya pemanduan di sana.

Sama seperti yang lain, beliau turut terkejut dengan satu demi satu kemalangan maut yang mengorbankan 11 rakyatnya bulan lalu.

Beliau turut menasihatkan rakyat Singapura yang seddang bercuti mendapatkan rehat secukupnya sebelum memandu di luar negara.

“Kekal segar dan sentiasa peka adalah perkara utama ketika memandu di luar negara yang mana cuacanya berbeza dengan negara kita.

“Pemandu juga perlu mendapatkan rehat yang mencukupi terutamanya selapas lama memandu serta memeriksa keadaan kenderaan tersebut,” katanya.-MalaysiaGazette