Home Utama Sah Tun M calon Perdana Menteri PH

Sah Tun M calon Perdana Menteri PH

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menundukkan kepalanya kearah Para Perwakilan yang hadir ketika nama beliau tercalon untuk jawatan Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum yang akan datang di Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam, Selangor. foto IMRAN FAKHRI, 07 JANUARI 2018

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) hari ini sebulat suara mencalonkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ketujuh  jika mereka berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

Gabungan itu menerusi Muafakat PH yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha Sakretariatnya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan menggantikan Mahathir selepas dibebaskan dari penjara.

“Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menterj dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri apabila PH mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas PRU-14.

“Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan PH dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan pengampunan Diraja bagi membebaskan Anwar  akan dimulakan segera selepas PH mengambilalih pentadbiran negara agar Anwar dapat segera berperanan dalam kerajaan persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8,” katanya.

Selepas Anwar menjadi Perdana Menteri, Wan Azizah kekal menjadi Timbalan Perdana Menteri.- MalaysiaGazette

Adakah PH tepati janji umum calon PM?

Comments are closed.