Home Utama Penjawat awam, pesara terima bonus hari ini

Penjawat awam, pesara terima bonus hari ini

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Seramai 1.6 juta kakitangan awam dan 775,000 pesara akan menerima bonus masing-masing pada hari ini.

“Insya-Allah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari. Moga dapat dimanfaatkan,” kata Perdana Menteri menerusi Twitter beliau.

Pengumuman bayaran khas itu telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2018 bulan Oktober tahun lalu.

Pembayaran itu melibatkan sejumlah RM1,500 kepada semua penjawat awam, yang mana RM1,000 akan dibayar pada awal Januari 2018 dan baku sebanyak RM500 menjelang Aidilfitri nanti.

Pesara kerajaan pula menikmati bayaran khas RM750 dengan sejumlah RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 pada sambutan Aidilfitri. – MalaysiaGazette

Comments are closed.