KUALA LUMPUR – Penyokong akar umbi blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) dipersalahkan kerana tidak membuat bantahan awal sebelum pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
Perkara itu disuarakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad yang mendakwa semasa perbincangan untuk melantik Dr Mahathir tidak ada sebarang tentangan disuarakan oleh akar umbi dan menyebabkan langkah itu diteruskan juga.
“Kalau tak puas hati, mereka perlu buat aduan di Majlis Presiden. Bukan kita tak ambil perhatian dengan suara mereka. Semasa perkara itu belum diputuskan kita tak terima sebarang laporan mahupun bantahan tentang Tun Mahathir.
“Jadi jangan salahkan kita kalau kita dah calonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri,” beliau dipetik berkata.
Ahad lalu, PH mengumumkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimanapun, selepas pengumuman tersebut, kritikan daripada pemimpin akar umbi PH semakin kuat yang menolak pencalonan Dr Mahathir.
PKR Selangor pula tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Mahathir, ia kemudiaan disusuli pula kritikan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang mengakui beliau sedih dan kecewa dengan pengumuman itu.
Malah, sebelum itu PAN Johor juga memboikot Konvensyen PH kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi yang mana PPBM membolot banyak kerusi berbanding rakan-rakan parti lain. – MalaysiaGazette
Hahaaaaa… .ini walacai sudah bising menyamar nama PH kah…..
Kahkahkah….Malaysia Gazette…..ini umnopaspispus pnyer beritabengong!