Home Seni Hidup Hafiz pilih nama Muhammad Riyadh Zafri

Hafiz pilih nama Muhammad Riyadh Zafri

Foto Instragram Hafiz Suip.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Hafiz Suip memilih nama Muhammad Riyadh Zafri buat anak sulungnya yang dilahirkan pada 31 Disember lalu.

Malah sepertti selebriti lain, Hafiz juga tidak ketinggalan membuka akaun Instagram (IG) buat anaknya itu.

Namun Akaun yang menggunakan nama @riyadhzafri  ditetapkan mengikut mood privasi.

Bagaimanapun jumlah pengikut IG berkenaan semakin bertambah dari masa ke semasa.

Dalam pada itu, Hafiz juga kerap diusik peminat selepas bergelar bapa.

Hafiz dan isteri berkahwin pada 14 Mei 2016 pada majlis yang diadakan di kediaman Nureffy di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak. – MalaysiaGazette