Home Ekonomi Harga minyak turun sedikit

Harga minyak turun sedikit

HOUSTON – Harga minyak turun selepas menyaksikan keuntungan besar semalam, tetapi masih berada di paras tiga tahun tinggi selepas penanda aras Brent global mencecah AS$70 setong ketika tanda-tanda kawalan dalam bekalan di Amerika Syarikat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak AS$0.06 sen lebih tinggi kepada AS$69.26 setong, selepas mencecah AS$70.05, tahap tertinggi sejak November 2014.

Harga penutup Brent masih mewakili angka penutupan tiga tahun tertinggi.

Brent telah merekodkan kenaikan sebanyak 5.0 peratus sejak awal tahun ini, meningkat daripada lonjakan tahun lepas.

Manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) berakhir pada AS$63.80 setong, naik AS$0.23, tertinggi sejak Disember 2014.

Harga turun tinggi selepas lonjakan awal yang mengambil tanda aras melepasi paras rintangan utama yang menghasilkan belian aktif di pasaran.

Walau bagaimanapun, penganalisis berkata, ia mengambil masa lebih daripada satu hari untuk Brent mencecah AS$70 setong.

Indeks kekuatan relatif (RSI), yang mengukur kecepatan dan keluasan pasaran, menunjukkan minyak dalam keadaan lebihan belian – menunjukkan langkah itu terlalu jauh, terlalu cepat.

Minyak telah berada dalam trend menaik dipacu oleh penurunan yang ketara dalam bekalan global, terutamanya di Amerika Syarikat selaku pengguna terbesar dunia.

Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat berkata, inventori kasar susut hampir 5 juta tong kepada 419.5 juta tong pada minggu lepas.

Pengeluaran perlahan hampir 300,000 tong sehari, yang mana para penganalisis mengaikannya dengan cuaca yang lebih sejuk berbanding biasa di Amerika Syarikat pada minggu lepas.

Namun, para penganalisis berkata, Brent tidak mungkin kekal pada paras AS$70 setong kecuali ada berita tambahan dari Timur Tengah yang boleh melonjakkan sentimen harga. – MalaysiaGazette