JAKARTA – Bank Indonesia mengambil langkah tegas dengan mengesa semua pihak tidak terlibat dengan matawang kripto sama ada memiliki, menjual atau berdagang dengan wang digital tersebut.
“Memiliki matawang virtual adalah sangat berisiko dan boleh meningkatkan spekulasi.
Token digital itu lebih mudah untuk membentuk gelembung aset dan boleh disalahguna untuk penggubahan wang haram serta pembiayaan pengganas.
Maka ia berpotensi untuk menjejaskan kestabilan sistem kewangan dan merosakkan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Langkah tersebut menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh para regulator di dalam menguruskan risiko kegilaan matawang kripto yang melanda dunia dan dalam masa yang sama mereka kekurangan kuasa untuk menghalang penggunaannya.
Bank pusat Korea Selatan telah mengharamkan pekerja-pekerjanya daripada melakukan dagangan matawang kripto semasa bekerja minggu lepas manakala China menggariskan cadangan untuk mengurangkan perlombongan bitcoin iaitu satu proses yang membolehkan matawang maya itu memasuki pusingan (pasaran).
Kenyataan Bank Indonesia itu adalah sususlan daripada pengharaman syarikat-syarikat teknologi daripada menggunakan matawang kripto untuk urusniaga pada bulan ini.
Namun bank pusat itu tidak melarang dagangan token digital itu sendiri.
Walaupun pihak berkuasa berulang kali mengharamkan penyedia sistem pembayaran itu daripada memproses urusniaga menggunakan matawang digital, bursa matawang maya itu, PT Bitcoin Indonesia berkata, lebih 940,000 ahlinya tidak termasuk di bawah larangan tersebut.-MalaysiaGazette