Home Nasional Sultan Johor berkenan lawat mangsa banjir Mersing

Sultan Johor berkenan lawat mangsa banjir Mersing

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melawat pusat pemindahan banjir di SK Mersing Kanan dan SK Air Papan di Mersing.. foto Royal Press Office.

MERSING – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Mersing Kanan dan SK Air Papan di Mersing bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di situ sejak semalam.

Ketibaan baginda diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Pada kunjungan itu, Sultan Ibrahim turut menyampaikan barangan keperluan dan beramah mesra bersama mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan banjir di kedua-dua sekolah terbabit.

Selepas diberi taklimat, baginda kemudian meninjau tempat tidur dan kawasan penyediaan makanan untuk mangsa-mangsa banjir.

foto Royal Press Office.

Sebelum berangkat pulang, Sultan Ibrahim mengingatkan mangsa banjir supaya sentiasa menjaga keselamatan diri terutama kanak-kanak.

Seramai 1,239 orang dari 347 keluarga ditempatkan di pusat-pusat banjir sekitar Mersing. – MalaysiaGazette

+ posts