MANCHESTER – Tumpuan Manchester United langsung tidak terganggu dengan spekulasi penyerang Arsenal, Alexis Sanchez berpindah ke kelab itu apabila menang bergaya ke atas Stoke 3-0 di Old Trafford, awal pagi tadi.
Kemenangan itu cukup manis buat pengurus Jose Mourinho kerana anak buahnya berjaya menundukkan Stoke selepas empat kali mencuba sebelum ini.
Antonio Valencia dan Anthony Martial meledak jaringan di babak pertama manakala Romelu Lukaku menambah sengsara pelawat.
United kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City.
Pengurus Stoke, Paul Lambert yang dilantik beberapa jam sebelum perlawanan hanya menyaksikan perlawanan itu dari tempat duduk penonton. – MalaysiaGazette