Home Seni Hidup Marsha jadi duta barangan kemas

Marsha jadi duta barangan kemas

Duta De Lunaria dan Selebriti, Marsha Milan Londoh menunjukkan gelang dan rantai Delunaria selepas selesai sidang media memperkenalkan Duta Delunaria di Restoran Rebung Chef Ismail, Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Memang pelik apabila ada kaum wanita tidak meminati barangan kemas. Namun itu yang terjadi kepada penyanyi dan pelakon, Marsha.

Penyanyi ini mengakui dia sebelum ini tidak meminati barangan kemas dan tentang barang-barang kemas.

Marsha, 32, yang juga pengacara berkata, semuanya berubah apabila ditawarkan menjadi duta barangan kemas jenama De Lunaria.

Akui wanita kelahiran Sabah itu, dia kini mula lebih mengenali dan menyukai barangan kemas yang menjadi kegilaan untuk dimiliki kaum wanita.

“Sebelum ini memang saya tidak berapa minat emas dan barangan kemas serta jujurnya, saya pun baharu tahu tentang emas 916.

“Bagaimanapun, pelantikan saya sebagai duta De Lunaria merupakan satu penghargaan bagi diri saya sekaligus menambah profil dalam kerjaya seni

“Saya difahamkan pelanggan jenama ini banyak datangnya dari Sabah dan Sarawak. Ini akan membolehkan saya dapat sama-sama terlibat dalam mempromosikan barangan kemas De Lunaria terutamanya di kalangan rakyat di Sabah, sekali gus mendekatkan lagi diri saya dengan orang kampung,” katanya.

Dia berkata demikian selepas majlis sidang media mengumumkan dirinya sebagai Duta De Lunaria selama tiga bulan.

Duta De Lunaria dan Selebriti, Marsha Milan Londoh menandatangani persetujuan selepas selesai sidang media memperkenalkan Duta Delunaria di Restoran Rebung Chef Ismail, Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2018

Sementara itu, De Lunaria, Syed Hashim Al-Habsshee berkata, Marsha dilantik sebagai duta bagi De Lunaria dibuat oleh pihak pengurusan selepas memiliki faktor pakej sebagai selebriti.

“Kita yakin pelantikan Marsha yang mempunyai kekuatan sebagai artis dari Sabah akan dapat meningkatkan lagi jualan koleksi barang kemas De Lunaria khususnya untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Kata Syed Hashim lagi, biarpun tempoh pelantikan Marsha sebagai duta singkat, pihaknya sebenarnya memiliki perancangan jangka panjang buat bekas pelajar Akademi Fantasia itu.

“Tempoh tiga bulan ini adalah waktu untuk kami membina platform De Lunaria dalam usaha mengembangkan jenama barangan kemas 916 dan koleksinya kepada pelanggan berpotensi di luar sana.

“Jadi dalam perancangan kami, ada dirangka sesi jelajah Sabah, Sarawak dan negeri-negeri tertentu untuk memperkenalkan De Lunaria,” katanya.

Sesi fotografi bersama Duta De Lunaria dan Selebriti, Marsha Milan Londoh selepas sidang media memperkenalkan Duta Delunaria di Restoran Rebung Chef Ismail, Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2018

Beliau menambah, wajah-wajah Marsha akan digunakan di platform media sosial, dalam talian dan secara off line, wajah Marsha sebagai Duta De Lunaria akan terpampang pada kain rentang.

Menurut Syed Hashim, De Lunaria merupakan pelopor kepada penjualan barangan kemas secara dalam talian kerana De Lunaria tidak mempunyai kiosk atau kedai emas secara fizikal.

Namun begitu, kata Syed Hashim, orang ramai tidak perlu risau untuk membeli barangan kemas secara dalam talian kerana De Lunaria sudah mengambil kira risiko penghantaran.

“Alhamdulillah, tidak pernah berlaku pakej penghantaran hilang sepanjang tiga tahun De Lunaria membuka perniagaan dalam talian.

“Apatah lagi, syarikat penghantaran yang dipilih adalah syarikat perkhidmatan penghantaran yang berwibawa dan boleh dipercayai,” ujarnya. – MalaysiaGazette