Home Politik Tak jadi di Pekan, Ezam intai Shah Alam

Tak jadi di Pekan, Ezam intai Shah Alam

Mohamad Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor

KUALA LUMPUR – Selepas menyatakan niat untuk meletakkan Pengerusi Hisbah Centre for Reform (Hisbah) bertanding di Pekan kini pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mahu meletakkan Datuk Ezam Mohd. Nor di Shah Alam pula.

Menurut Setiausaha Hisbah, Abdul Ghani Haroon, Shah Alam dipilih kerana ia merupakan kawasan pengundi bandar dan majoriti besar Melayu dan rata-ratanya mahu agenda melawan rasuah diperkasakan.

“Shah Alam dipilih kerana ia merupakan kawasan pengundi bandar dan majoriti besar Melayu,” katanya hari ini.

Bekas Presiden Parti Generasi Baru (PGB) itu sebelum ini dikatakan mahu menentang Perdana Menteri di Parlimen Pekan pada PRU-14 kelak.

Katanya, Ezam cenderung untuk bertanding di Parlimen Pekan, kawasan yang diwakili Datuk Seri Najib Razak, namun Hisbah mendapati kawasan itu telah berlaku pemindahan undi yang terlalu besar.

Ketika PRU-14 berlangsung, Ezam akan bertanding menggunakan lambang bebas.

Malah, Hisbah juga sedia berkerjasama dengan semua parti politik dan badan NGO lain melainkan UMNO dan BN.

Kerusi Shah Alam dilaporkan akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, Parti Amanah Negara (PAN) dan Pas.

Ia kerana Pas akan bertanding di kerusi berkenaan kerana kerusi milik Khalid Samad itu pada mulanya adalah milik Pas. -MalaysiaGazette.